Lebih daripada 40 Peniaga E-Dagang Menyertai Tawaran Baru Yang Dilancarkan oleh SITEC dengan Potongan Harga Setinggi 80% Sempena Hari Merdeka

SIDANG MEDIA

FB-Advert-810x450

Lebih daripada 40 Peniaga E-Dagang Menyertai Tawaran Baru Yang Dilancarkan oleh SITEC; Pembeli Atas Talian Boleh Menikmati Potongan Sehingga 80% Sempena Merdeka Yang akan Datang

24 Ogos 2016, Shah Alam – Lebih daripada 40 peniaga atas talian dan pemain industri e-Dagang telah menyertai SITEC Deals, platform yang baru dilancarkan oleh Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Selangor Information Technology and E-Commerce Council – SITEC) yang menawarkan potongan harga serta yang menarik serta tawaran daripada platform yang menghubungkan peniaga dan pembeli atas talian untuk mencari tawaran dan potongan harga.

Satu lagi inisiatif daripada Majlis informasi dan E-dagang Selangor (SITEC), pelbagai pasaran e-dagang, gerbang pembayaran, peniaga atas talian dan pembekal penyelesai e-dagang telah mengambil bahagian dalam platform ini untuk berkongsi tawaran mereka

Boleh di akses melalu laman web: : http://bit.ly/SITECDeals, pelancaran ini adalah bersempena dengan Hari Merdeka yang bakal tiba pada 31Ogos ini, dan kita akan lihat potongan harga yang menarik sehingga 78%, tawaran penghantaran percuma dan pelbagai lagi tawaran yang mesra-bajet.

Tawaran ini merangkumi pelbagai jenis jenis produk dan perkhidmatan seperti barangan kelengkapan rumah & kehidupan, barangan elektronik, makanan kesihatan & makanan tambahan, pelancongan, barangan bayi, dan juga makanan haiwan peliharaan serta banyak lagi.

Platform ini akan memberi publisiti dan memaparkan tawaran daripada peniaga kepada pembeli atas talian melalui pelbagai saluran digital seperti Facebook SITEC (www.facebook.com/sitecmy) dan juga berita dalam talian.

Peniaga atas talian ini dapat mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka semasa perayaan utama seperti Hari raya Haji yang akan datang, Hari Malaysia, Awal Muharam, Deepavali dan juga Hari Krismas.

Untuk menyertai inisiatif tawaran SITEC ini adalah percuma, dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia, Peniaga Kecil & Sederhana (PKS) atau peniaga yang berdaftar dan beroperasi di Malaysia. Semua pemain dalam e-dagang juga digalakkan untuk menyertainya. Mereka hanya perlu mengisi borang dan emailkan gambar promosi mereka ke SITEC melalui: http://bit.ly/2buEC3m.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Keith Chew di keith@osocane.com


Source: Sitec News

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading...
Sign Up For Our Newsletter